PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN 2024
- Pertandingan inovasi dipertandingkan secara bersemuka di ruang pameran yang disediakan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur hanya menyediakan peralatan asas seperti meja, kerusi dan soket.
- Terdapat LIMA KATEGORI penyertaan iaitu:
A. Kategori Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan
B. Kategori Teknologi dan Kejuruteraan
C. Kategori Perdagangan, Hospitaliti, Seni dan Reka Bentuk.
D. Kategori Sains Sosial, Pentadbiran, Pengurusan dan UmumKategori A hingga D terbuka kepada semua pensyarah / tenaga pengajar TVET Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Vokasional dan semua sekolah di Malaysia.
E. Kategori Terbuka
Khas untuk Maksimum EMPAT (4) orang pelajar institusi TVET, institusi pengajian tinggi dan sekolah bersama seorang pensyarah/guru pembimbing.
- Maksimum ahli kumpulan adalah terhad kepada Maksimum EMPAT (4) orang sahaja termasuk ketua. Ahli kumpulan adalah mengikut seperti senarai dalam borang penyertaan dan sebarang pindaan TIDAK DIBENARKAN.
- Bagi kategori terbuka bilangan ahli kumpulan adalah terhad kepada Maksimum EMPAT (4) orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing.
- Inovasi boleh daripada aspek penciptaan baru atau penambahbaikan sesuatu produk sekurang-kurang 30 % perubahan daripada asal, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah yang inovatif.
- Inovasi yang dipertandingkan mestilah mendatangkan faedah yang nyata dari aspek penyelesaian kepada masalah, jelas, bermanfaat, dan boleh diterima umum selain dapat menyumbang kepada inovasi sosial dan boleh meningkatkan sosio ekonomi setempat.
- Setiap peserta perlu menghantar penyertaan dengan mengisi maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran dalam talian bersama dengan ABSTRAK DAN POSTER INOVASI. (rujuk template yang disediakan). Nama peserta / ahli kumpulan dan tajuk inovasi TIDAK BOLEH DIPINDA setelah permohonan penyertaan diluluskan.
- Setiap kumpulan perlu menyediakan sendiri poster inovasi bagi tujuan pameran pada hari pertandingan. Poster hendaklah bersaiz A0 (1189 mm x 841mm).
- Setiap peserta perlu memilih kategori penyertaan yang bersesuaian berdasarkan maklumat pada menu kategori. Sebarang pertukaran kategori adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Peserta yang berjaya disaring akan dimaklumkan di laman web rasmi www.perisa.org bermula 1 OGOS – 16 OGOS 2024. Surat kelulusan penyertaan akan dimaklumkan kepada peserta yang berjaya melalui emel atau laman web rasmi.
- Bayaran adalah sebanyak RM 200.00 bagi KATEGORI A hingga D. Manakala KATEGORI TERBUKA adalah sebanyak RM 150.00 bagi setiap penyertaan. Pembayaran boleh dibuat bermula pada 19 OGOS – 30 OGOS 2024.
- Setiap kumpulan penyertaan akan menerima SATU (1) Sijil Penyertaan. Manakala bagi setiap pemenang akan menerima SATU (1) Sijil Anugerah dan SATU (1) plak.
- Bayaran akan dikenakan sekiranya memerlukan sijil dan plak tambahan. Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran dalam talian.
- Keputusan JURI pertandingan adalah MUKTAMAD.
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan PERISA 2024