Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2024 (PERISA ’24) adalah salah satu usaha penting untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia. Pertandingan yang menjadi aktiviti tahunan ini, dilihat mampu menjadi penggerak dalam menggalakkan perlaksanaan aktiviti Penyelidikan dan Inovasi. Pengembangan idea dan produk yang dihasilkan mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, melalui pertandingan ini, warga TVET akan lebih bersemangat dalam usaha untuk menjadi seorang yang berkeyakinan, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Disamping itu juga ianya dapat menggalakkan penghasilkan penyelidikan dan produk yang berkualiti dikalangan warga TVET Malaysia. Sesungguhnya menghasilkan aktiviti inovasi dan penyelidikan memerlukan tumpuan yang jitu, keinginan yang padu serta perhatian yang berfokus dan semuanya itu boleh diperolehi melalui penyertaan pertandingan seumpama ini.