Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2025
(PERISA '25)
Adalah inisiatif penting yang bertujuan untuk mendorong warga pendidik institusi TVET di Malaysia untuk menggembleng idea bagi menjayakan penyelidikan dan inovasi. Sebagai aktiviti tahunan, pertandingan ini dianggap mampu mendorong warga TVET untuk menghasilan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi. Produk dan idea yang dihasilkan boleh diperluaskan untuk mencapai tahap dan bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, warga TVET akan lebih bersemangat untuk menjadi insan yang berkeyakinan, kreatif, inovatif dan berdaya saing melalui pertandingan ini. Sememangnya, untuk menjayakan aktiviti inovasi dan penyelidikan, warga TVET memerlukan fokus, iltizam dan usaha yang jitu dan berterusan, dan semua ini boleh diperolehi dengan menyertai pertandingan inovasi berimpak tinggi seperti PERISA’25.


Kategori Pertandingan

Teknologi Maklumat & Sains Gunaan
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Teknikal berkaitan Teknologi Maklumat / Sains Komputer,Matematik,Teknologi Hijau,Teknologi Makanan dan bidang berkaitan

Teknologi & Kejuruteraan
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan teknikal berkaitan Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Awam, Kimia, Senibina dan bidang berkaitan

Perdagangan, Hospitaliti, Seni & Reka Bentuk
Merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan teknikal berkaitan bidang perdagangan, hospitaliti, Rekabentuk, Lanskap, pengajian am dan bidang berkaitan

Sains Sosial, Pentadbiran & Pengurusan dan Umum
Merangkumi inovasi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti dan menambahbaik proses kerja di jabatan. Kategori ini juga turut dibuka kepada peserta selain tenaga pengajar di institusi seperti kakitangan pentadbiran

Kategori Terbuka
(Khas untuk TIGA (3) orang pelajar institusi TVET, institusi pengajian tinggi dan sekolah bersama seorang pensyarah/guru pembimbing.)



Pertandingan Inovasi
KATEGORI E
- Maksimum 3 Pelajar TVET/IPT/Sekolah
- Seorang Pensyarah Pembimbing
- Cenderahati Khas (100 terawal)

