Pertandingan ini dibuka kepada semua Pensyarah Politenik, Pensyarah Kolej Komuniti , Pensyarah Kolej Vokasional, tenaga pengajar Institut Latihan Kemahiran Awam dan Pensyarah di Malaysia Technical University Network (MTUN) di seluruh Malaysia.

  •  Walau bagaimanapun, penyertaan akan disaring oleh panel penilai dan bergantung kepada kuota kategori / bidang yang dipertandingkan.
  • Peserta dikehendaki mengisi borang pendaftaran  atas talian

  • dan memuat naik ( 1. Asbtrak ) (2. Laporan Inovasi (3. Poster) dalam sistem borang pendaftaran atas talian dalam sistem borang pendaftaran 

  • Peserta yang berjaya untuk menyertai pertandingan ini akan dimaklumkan di laman web ini pada 1 OGOS 2019 dan dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM300  (bagi kakitangan Politeknik, Kolej Komuniti) dan RM400 (bagi peserta luar) bagi setiap penyertaan pada atau sebelum 26 september  2017.

    ·     Yuran pendaftaran boleh dikreditkan ke dalam KOPERASI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG,  dan bukti bayaran (dengan NAMA peserta, Nama Kolej dan Nama Produk) itu MESTI dihantar kepada perisa2019@gmail.com dan . Bukti bayaran yuran pendaftaran yang lewat tidak akan diterima dan penyertaan peserta itu akan ditolak oleh Urusetia. Setiap Kumpulan akan menerima 1 sijil penyertaan.

    • Peserta yang berjaya TIDAK dibenarkan menukar kategori yang dipilihnya semasa pertandingan.Pihak penganjur hanya menyediakan satu booth untuk setiap produk, satu plug point dan wifi untuk akses internet sahaja. Peralatan yang lain tidak disediakan oleh penganjur. Peserta perlu membawa peralatannya sendiri.
    • Peserta perlu menjaga kebersihan tempat sepanjang pertandingan itu berlangsung. Peserta DILARANG membuat sebarang pengubahsuaian atau menggerudi atau memaku mana-mana tempat di kawasan pamerannya. Sila guna stiker/double sided tape untuk poster anda. Sebarang kerosakan pada booth akan ditanggung oleh peserta.