PERISA 2019 AKAN DIRASMIKAN OLEH :



PERTANDINGAN INOVASI
PENSYARAH INSTITUSI  TVET PERINGKAT KEBANGSAAN 

“PERISA 2019”
18-19 SEPTEMBER 2019
LOKASI PERTANDINGAN : Kolej Komuniti Selayang
ANJURAN: Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah

LATAR BELAKANG PERISA 2019

  • Perkembangan sains dan teknologi secara tidak langsung telah merancakkan dunia penyelidikan dan inovasi. Penciptaan produk yang berinovasi berupaya bukan sahaja untuk memudahkan kerja, menjimatkan masa dan kos, tetapi juga meningkatkan kualiti kerja. Lonjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), iaitu Ekosistem Inovasi pula lebih menekankan usaha memperteguhkan penyelidikan dan inovasi. Justeru itu, selaras dengan matlamat tersebut, maka Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti yang dikini dikenali Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mengambil inisiatif dengan menganjurkan Pertandingan Inovasi peringkat kebangsaan bermula tahun 2015 khusus untuk Pensyarah Kolej Komuniti dan Pensyarah Politeknik, namun penyertaan dibuka juga kepada Pensyarah Kolej Vokasional, Pensyarah di Malaysian Technical University Network (MTUN) dan tenaga pengajar di  Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

OBJEKTIF PERISA 2019

    • Memastikan penglibatan aktif pensyarah TVET Pendidikan tinggi dalam usaha memperteguhkan penghasilan inovasi dan penyelidikan selaras dengan lonjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).
    • Memupuk dan membudayakan daya saing dan kelestarian inovasi dan penyelidikan dalam kalangan pensyarah TVET Pendidikan Tinggi
    • Menjadi platform warga institusi pendidikan mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan serta menambahbaik urus tadbir dan kecemerlangan akademik jabatan.
    • Meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga pensyarah TVET Pendidikan tinggi melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi.